Kehidupan awal Bruce Lee

Bruce Lee dilahirkan pada 27 November 1940 di Hospital Cina, Chinatown San Francisco. Menurut zodiak cina, Lee dilahirkan pada waktu dan tahun Naga, yang mana adalah dianggap petanda kuat dan bertuah secara tradisionalnya.

Ayah Bruce, Lee Hoi-Chuen (李海泉) merupakan keturunan Han Cina dan ibunya, Grace Ho (何愛瑜) merupakan keturunan separa cina dan orang putih. Grace Ho (dilaporkan berketurunan Jerman-Katolik) merupakan anak angkat kepada Ho Kom-Tong (何甘棠) dan anak saudara kepada Sir Robert Ho-Tung, di mana kedua-duanya merupakan ahli bisnes dan dermawan yang terkenal di Hong Kong. Bruce merupakan anak ke-4 daripada 5 anak-anak: Phoebe Lee(李秋源), Agnes Lee(李秋鳳), Peter Lee(李忠琛) dan Robert Lee(李振輝). Lee dan ibu bapanya kembali ke Hong Kong semasa dia berusia 3 bulan.

Nama

Nama kantonis Lee ialah Lee Jun-Fan (李振藩), pada sebutannya bermaksud "kembali lagi" dan nama ini diberi oleh ibunya yang merasakan Lee akan kembali ke Amerika Syarikat sebaik sahaja dia mencapai peringkat cukup umur. Disebabkan kepercayaan tahayul ibunya, Lee pada asalnya diberi nama feminin Sai-Fon (細鳳) yang bermaksud "small phoenix". Nama Inggeris, Bruce, merupakan nama yang diberi oleh doktor bertugas, Dr. Mary Glover.

Lee mempunyai 3 nama cina yang lain: Li Yuanxin (李源鑫) - nama keluarga/klan; Li Yuanjian (李元鑒) - nama pelajar semasa beliau belajar di Kolej La Salle dan Li Xiaolong (李小龍, bermaksud si naga kecil) - nama skrin cina. Nama asal Lee, Jun-Fan yang ditulis dalam karakter cina 震藩, walau bagaimanapun, mempunyai persamaan dengan nama datuknya Lee Jun-Biu (李震彪). Oleh itu, karakter nama beliau Jun(震) ditukar kepada "振" untuk mengelakkan pantang nama di dalam tradisi cina.

Keluarga

Bruce Lee, semasa beliau masih merupakan seorang bayi, dengan ibu bapanya pada tahun 1940-an

Ayah Lee, Lee Hoi-Chuen merupakan salah satu bintang Opera Kantonis dan pelakon filem pada masa itu dan sedang terlibat di dalam penjelajahan opera selama 1 tahun dengan keluarganya pada malam pencerobohan tentera Jepun ke atas Hong Kong. Lee Hoi-Chuen telah terlibat di dalam pengembaraan serata Amerika Syarikat untuk banyak tahun dan mengadakan persembahan untuk pelbagai komuniti masyarakat Cina di sana.

Walaupun kebanyakan rakan sebaya beliau mengambil keputusan untuk tinggal di Amerika Syarikat, Lee Hoi-Chuen tetap kembali ke Hong Kong selepas kelahiran Bruce. Dalam masa beberapa bulan, Hong Kong diserang Jepun dan keluarga Lee berada di bawah pendudukan Jepun untuk tempoh masa 3 tahun 8 bulan. Selepas peperangan berakhir, Lee Hoi-Chuen bergiat kembali di dalam karier lakonan dan menjadi pelakon yang lagi popular semasa zaman pembinaan semula Hong Kong.

Ibu Lee, Grace Ho berasal dari salah satu klan yang paling berkuasa dan terkaya di Hong Kong iaitu Klan Ho-Tung. Beliau merupakan anak saudara kepada Sir Robert Ho-Tung, ketua Eurasian (Serani) klan tersebut. Disebabkan ini, Bruce Lee membesar di dalam keadaan yang mewah dan istimewa. Walaupun kelebihan status keluarga Lee, kawasan kejiranan di mana Lee membesar, menjadi sesak, bahaya dan penuh dengan pergaduhan geng disebabkan penghijrahan pelarian dari Komunis China ke Hong Kong yang pada masa itu merupakan tanah penjajahan mahkota British.

Selepas penglibatan Lee di dalam pergaduhan jalanan, ibu bapa Lee berpendapat bahawa beliau perlu dilatih di dalam seni mempertahankan diri. Beliau diperkenalkan seni pertahanan diri melalui bapanya, di mana beliau mempelajari asas Tai Chi (gaya Wu).

Wing Chun

Tok guru Bruce Lee, Yip Man

Sumber pengaruh terbesar Lee di dalam seni mempertahankan diri adalah seni pertahanan diri Wing Chun. Lee memulakan latihannya di dalam seni Wing Chun apabila beliau berumur 16 tahun, di bawah ajaran Yip Man pada tahun 1957 selepas kalah di dalam beberapa pergaduhan dengan ahli-ahli geng pihak musuh. Kelas Lee kebiasaannya terdiri daripada bentuk praktis, gerudi chi sao ("sticking hands"), teknik-teknik patung kayu dan teknik gaya bebas. Yip telah cuba untuk menggalakkan anak-anak muridnya untuk melibatkan diri di dalam pertandingan pertarungan daripada melibatkan diri di dalam pergaduhan geng jalanan Hong Kong.

Selepas 1 tahun latihannya di dalam Wing Chun, kebanyakan anak murid Yip Man yang lain enggan berlatih bersama Lee, selepas mereka mengetahui Lee berasal dari keturunan kaum campuran. Hal ini disebabkan pada umumnya, masyarakat Cina tidak menyetujui ajaran seni pertahanan diri kepada orang yang bukan berasal dari Asia. Rakan teknik gaya bebas beliau, Hawkins Cheung menyatakan, "Barangkali kurang daripada 6 orang yang telah diajar penuh atau separa secara peribadi oleh Yip Man". Walau bagaimanapun, Bruce Lee menunjukkan minat yang mendalam terhadap Wing Chun dan terus berlatih secara peribadi dengan Yip Man dan Wong Shun Leung pada tahun 1955. Wan Kam Leung, seorang anak murid kepada Wong, telah menyaksikan satu pertarungan antara Wong dan Lee dan memerhati kepantasan dan ketepatan sepakan Lee. Lee terus berlatih dengan Wong selepas beliau pulang ke Hong Kong dari Amerika.

Meninggalkan Hong Kong

Selepas menamatkan pengajian di Sekolah Tak Sun (beberapa blok daripada rumahnya di 218 Jalan Nathan, Kowloon), Lee meneruskan pembelajaran di bahagian sekolah rendah Kolej La Salle pada umur 12 tahun. Pada tahun 1956, beliau dipindahkan ke Kolej St. Francis Xavier (sekolah menengah) atas sebab prestasi akademik atau kelakuan yang tidak baik. Di sana, Brother Edward, seorang guru dan jurulatih pasukan tinju sekolah menjadi mentor kepada beliau.

Pada musim bunga 1959, Lee terlibat di dalam satu lagi pergaduhan jalanan dan pihak polis telah dipanggil. Sehingga umur akhir remaja, penglibatan Lee dalam pergaduhan jalanan menjadi semakin kerap dan ini termasuklah pergaduhan dengan anak lelaki kumpulan kongsi gelap. Akhirnya, ayah Lee membuat keputusan untuk menghantar Lee ke Amerika Syarikat untuk suatu kehidupan yang lagi selamat dan sihat. Ibu bapa Lee mengesahkan kerisauan polis, di mana kumpulan kongsi gelap tersebut mempunyai penglibatan di dalam sindiket jenayah dan satu kontrak telah dikeluarkan untuk membunuh Lee.

Pada April 1959, beliau dihantar ke Amerika Syarikat oleh kedua-dua ibu bapanya untuk tinggal bersama kakaknya, Agnes Lee yang pada masa itu tinggal bersama keluarga rakan mereka di San Francisco.

Kehidupan baru di Amerika Syarikat

Bruce Lee dan anak lelakinya (1966)

Pada umur 18 tahun, Lee kembali ke Amerika Syarikat dengan 100 USD di dalam poketnya. Selepas beberapa bulan tinggal di San Francisco, beliau berpindah ke Seattle pada tahun 1959 untuk meneruskan pengajian sekolah menengah dan berkerja sebagai pelayan untuk Ruby Chow di restorannya.

Suami Chow merupakan rakan sekerja dan kawan ayah Lee. Abang Lee, Peter Lee, juga tinggal bersama beliau di Seattle sebelum berpindah ke Minnesota untuk pendidikan kolej. Pada Disember 1960, Lee menamatkan pengajian sekolah menengah dan menerima sijil diploma dari Sekolah Teknikal Edison (sekarang: Kolej Komuniti Seattle, yang terletak di Capitol Hill, Seattle).

Pada Mac 1961, Lee mendaftarkan dirinya di Universiti Washington, dengan jurusan major bidang drama menurut majalah alumni universiti dan bukannya dalam falsafah seperti yang diperkatakan oleh Lee sendiri dan orang lain. Lee juga mengambil subjek falsafah, psikologi dan pelbagai subjek yang lain. Di universiti inilah, dia bertemu dengan bakal isterinya, Linda Emery (sekarang; Linda Cadwell), seorang rakan universiti dan pelajar jurusan penguruan. Mereka berkahwin pada Ogos 1964.

Lee mempunyai 2 orang anak dengan Emery, Brandon Lee (1965-1993) dan Shannon Lee (lahir 1969).